Saturday, December 26, 2009

ProGRAm Anak AngKat......




Siswa siswi yang turut serta dalam lingkungan 60 orang kesemuanya turut dijadikan anak angkat kepada sebahagian penduduk kampung. Ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang telah sedia terjalin.



Silaturrahim diperkukuhkan lagi dengan ramah mesra yang dijalankan melalui rewang (gotong-royong) bagi menyediakan juadah pada malam sebelum program dijalankan diperkarangan masjid kampung.




Sebelum program dijalankan, pada sebelah malamnya telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan para peserta Progam Sunathon tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yb Ahmad Zahari bin Jamil selaku Adun kawasan Sri Medan seterusnya merasmikan program tersebut.




Sebelum program diteruskan, peserta Sunathon Amal diraikan dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang Parit Lapis Bangas bagi memeriahkan lagi program tersebut.

SuNAthON AMal 2009





Program ini merupakan yang kedua kalinya diadakan rentetan dari musibah banjir yang telah menimpa Kampung Parit Lapis Bangas pada akhit tahun 2006. Pihak pengurusan University Medical Cyberjaya telah mencurahkan bakti kepada penduduk kg yang dilanda musibah dan kg Parit Lapis Bangas menjadi kg yang bertuah kerana dipilih untuk menjalankan program bakti siswa tersebut.





Peserta Sunathon Amal ini diarak dengan menaiki basikal yang dipinjam dari penduduk kampung. Ini merupakan simbolik yang menggambarkan kemeriahan program tersebut. Seramai lebih kurang 70 kanak-kanak menyertai program ini.